NASIHAT RASULULLAH S.A.W. BERHUBUNG DENGAN AMAL MANUSIA.from buku ketika mulut dikunci,tangan & kaki bersaksi
Sebagai bekal di hari perhitungan kelak,kita harus mempersiapkan amal yang berkualiti sebanyak-banyaknya agar kita terbebas dari seksa dan masuk syurga. Berat hari perhitungan telah dijelaskan dalam al –quran dan hadis. Berbagai ayat al-Quran dan hadis berhubung dengan hal ini telah diterangkan pada huraian sebelumnya. Kali ini, kita akan di ajak memahami nasihat Rasulullah s.a.w kepada Mu’adz bin Jabal tentang amal manusia yang akan dihisab pada hari perhitungan.
Nasihat Rasulullah s.a.w ini dikisahkan oleh Ibnu Mubarak dan Khalid bin Ma’dan. Mereka meminta kepada Mu’adz bin Jabal untuk menceritakan tentang hadis rasulullah s.a.w. yang di anggap paling penting olehnya.Mu’adz bersedia menceritakannya kepada mereka.
“ Pada suatu hari,aku menghadap Rasul s.a.w. Ketika itu baginda sedang menunggang untanya. Baginda menyuruhku naik unta bersamanya,lalu aku duduk dibelakangnya. Kemudian, aku melihat rasulullah s.a.w menadah ke langit dan berkata,’ Segala rasa syukur hanyalah dipersembahkan kepada ALLAH yang menciptakan tujuh langit malaikat sebelum langit dan bumi. Di setiap langit terdapat satu malaikat yang menjaga pintunya,di mana kadar keagungan malaikat itu disesuaikan dengan peringkat langit. Suatu ketika, Malaikat Hafadzah datang membawa amal hamba yang memancarkan cahaya dan bersinar bagaikan matahari. Akhirnya, amal tersebut sampai ke langit pertama. Kemudian, Malaikat Hafadzah memperbanyakkan amal tersebut dan menyucikannya”.
“NAmun,tatkala sampai di pintu langit pertama,tiba-tiba Malaikat penjaga pintu langit pertama berkata ,’tamparlah wajah pemilik amal dengan amalnya! Aku adalah pemilik ghibah. Rabb pemeliharaku memerintahkan kepadaku untuk mencegah setiap hamba yang telah berbuat ghibah melintasi pintu lagi pertama.”
“Keesokan harinya, Malaikat Hafadzah naik ke langit dengan membawa amal soleh seorang hamba. Amal tersebut bercahaya terang,dan cahayanya itu mampu menembus langit kedua. Tetapi , Malaikat penjaga pintu langit kedua berkata,’Tamparlah wajah pemilik amal dengan amalnya! Sesungguhnya, ia beramal kerana menginginkan penampilan dunia sahaja. Rabb pemeliharaku memerintahkan kepada ku agar tidak membiarkan amal trsebut melintasilangit kedua.’ Akhirnya , para malaikat melaknat hamba itu hingga petang.
Malaikat Hafadzah lain naik ke langit dengan amal hamba yang jelas indah, di mana di dalamnyan terdapat sedekah,puasa dan perbuatan baiknya yang melimpah. Kemudian , Malaikat Hafadzah memperbanyakkan amal tersebut dan menyucikannya hingga dapat menembus langit pertama dan kedua. Namun,ketika sampai di pintu langit ketiga,tiba-tiba malaikat penjaga pintu langit ketiga itu berkata,’Tamparlah wajah pemilik amal dengan amalnya! Aku adalah penjaga al-kibr(sifat takabur). Tuhan pemeliharaku meminta ku supaya tidak membiarkan amalnya melintasiku. Sebab selama ini, ia selalu takabbur di hadapan manusia ketika manusia berkumpul dalam suatu majlis.’
“Malaikat Hafadzah yang lain naik ke langit demi langit dengan membawa amal hamba yang jelas berkilauan bagai bintang. Suaranya terdengar bergema kerana ia sentiasa melaksanakan ibadah puasa,solat,haji,dan umrah. Malaikat tersebut berhasil menembusi hingga langit ketiga. Ketika tiba di langit keempat, malaikat penjaga pintu berkata,’Berhenti! Tamparlah wajah pemilik amal dengan amalnya! Aku adalah malaikat penjaga sifat ‘ujub(takjud terhadap keadaan dirinya sendiri). Rabb pemeliharaku memerintahkan kepadaku agar tidak membolehkan amalnya melintasiku hingga tembus ke langit berikutnya. Sebab, ia selalu memasukkan unsur ‘ujub di dalam jiwanya ketika melakukan suatu perbuatan.
Malaikat Hafadzah naik ke langit dengan membawa amal hamba yang diiringi laksana pengantin wanita menuju ke tempat suaminya.amal itu dapat menembusi langit kelima kerana diperkaya oleh jihad,haji,dan umrah. Amal tersebut bersinar bagai sinar matahari. Tetapi sesampai di pintu kelima, malaikat penjaga pintu berujar,’saya adalah pemilik sifat hasad dengki. Ia telah berbuat dengki kepada manusia ketika mereka diberi kurnia oleh Allah. Selain itu, iatidak redha menerima ketetapan Allah. Tuhan pemeliharaku meminta supaya tidak membiarkan amal tersebut melintasi langit seterusnya.
“Malaikat Hafadzah yang lain naik ke langit dengan amal hamba berupa wuduk yang sempurna,solat,puasa,haji,dan umrah hingga sampailah ia di langit keenam. Namun, malaikat penjaga pintu berkata ,’saya adalah pemilik al-rahmat(kasih sayang). Tamparlah wajah pemilik amal dengan amalnya! Sesungguhnya, ia tidak memiliki sifat kasih sayang terhadap manusia.Malahan ia genbira bila melihat orang lain tertimpa musibah. Rabb pemeliharaku memerintakanku agar tidak membolehkan amalnya melintasi menuju ke langit berikutnya.
“Naiklah Malaikat Hafadzah lainnya ke langit dengan membawa amal hamba berupa nafkah berlimpah,puasa,solat,jihad, dan sifat wara’ (berhati-hati dalam beramal). Amal tersebut berbunyi bagaikan guruh dan bersinar laksana petir. Tetapi,ketika sampai di langit ketujuh,malaikat penjaga pintu berkata,’saya adalah pemilik sebutan (az-zikru) atau sum’ah(mencintai kemasyhuran) di antara manusia. Sesungguhnya, pemilik amal berbuat pemeliharaku memintaku supaya tidak membiarkan amalnya menembusi pintu langit ini menuju ke langit selanjutnya.”
“ Malaikat Hafadzah yang lain naik ke langit dengan membawa amal hamba berupa solat,zakat,puasa,haji,umrah,akhlak yang baik,berdiam diri,dan berzikir kepada Allah. Saat itu, seluruh malaikat di langit tujuh tersebut beriringan berjalan hingga terputus seluruh hijab dalam perjalanan menuju Allah S.W.T. akhirnya, mereka berhenti di hadapan-NYA. Para malaikat menilai bahawa amal hamba itu merupakan amal soleh yang di ikhlaskannya hanya untuk Allah. Ternyata,Allah berkata,’Kamu adalah Malaikat Hafadzah yang menjaga amal hambaku, sedangkan Aku sebagai pengawas yang mampu mengamati segala sesuatu hingga yang ada dalam hati. Sesungguhnya,ia tidak menginginkan Aku. Laknay-Ku yang telah menipu makhluk lainnya,tetapi Aku sama sekali tidak tertipu olehnya”.
“Mendengar cerita Rasulllah s.a.w aku menangis. Selanjutnya, aku bertanya,’Bagaimana caranya aku boleh selamat dari hal itu?’ Rasul menjawab,’ Cegahlah Lidahmu dari ghibah dan fitnah terhadap manusia,serta hindarilah dari mengungkit kebaikanmu di hadapan oranglain. Semua ini mudah bagi mu bila kamu mencintai orang lain sebagaimana mencintai dirimu sendiri.”
Cerita tersebut mengajar kita agar sentiasa berhati-hati dalam berkelakuan dan berkata-kata. Sebab, segala sesuatu yang kita lakukan di catat oleh Malaikat Raqib dan Atid. Sesungguhnya, di akhirat kelak,kita tidak akan selamat,kecuali Allah memberi hidayah,taufiq,dan inayah-NYA kepada kita.
Cerita ini adalah saya petik dari sebuah buku yang bertajuk KETIKA MULUT DIKUNCI DAN TANGAN & JARI BERSAKSI.
Harap sama-samalah kita menfaatkan nya. amin.
Wallahualam.

